30 November 2024 – Permohonan Dewan Serbaguna Taman Temerloh Jaya Indah kini telah dibawa ke peringkat negeri. Maklumat tersebut disampaikan oleh Pengerusi KRT Taman Temerloh Jaya Indah (KRT TJI) En. Mazlan Hanfiah yang mengesahkan perkara tersebut dengan Yang Berhormat Woo Chee Wan, Adun Mentakab dan Dato' Ridzuan Hazimin Ramli, Ketua UMNO Bahagian Temerloh dalam pertemuan Program Perasmian Bomba Uniti Taman Temerloh Jaya.
Dalam kesempatan tersebut, Pengerusi KRT Taman Temerloh Jaya Indah, En.Mazlan Hanfiah sempat mengajukan soalan berkenaan Dewan Serbaguna untuk komuniti Taman Temerloh Jaya Indah, dan mendapat respon positif dari YB Woo Chee Wan dan Dato' Ridzuan Hazimin Ramli. Menurut mereka, permohonan dewan yang diajukan oleh KRT TJI telah dibawa ke peringkat yang lebih tinggi apabila ia diangkat untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Peringkat Negeri.
Sementara itu En. Mazlan Hanfiah dan En.Norsafari Awang Ahmad, Timbalan Pengerusi KRT TJ Indah turut sama hadir ke Majlis Perasmian Bomba Uniti Taman Temerloh Jaya telah berlangsung di Dewan Serbaguna Taman Temerloh Jaya pada pagi ini.
Majlis disempurnakan oleh YB Woo Chee Wan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mentakab merangkap Penaung Bomba Uniti Temerloh Jaya. Turut sama hadir dalam majlis tersebut ialah; Dato' Ridzuan Hazimin Ramli, Ketua UMNO Bahagian Temerloh merangkap Penasihat Bomba Uniti Taman Temerloh Jaya, PgKB II Mohamad Sobree Mohamad Salleh, Ketua Zon 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pahang. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Dr. Haji Abdullah Ismail, Pengerusi Masjid Taman Temerloh Jaya, wakil-wakil Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Taman Temerloh Jaya, Taman Temerloh Jaya Indah, Taman Temerloh Makmur, pengerusi surau Temerloh Makmur, dan pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.