14 November 2024 — Mesyuarat Biro Kebajikan dan Sosial Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (BKS MTTJ) telah diadakan di Bilik Mesyuarat MTTJ. Mesyuarat yang bermula pada jam 10.00 pagi ini turut disertai oleh En. Mazlan Hanfiah, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Temerloh Jaya Indah, yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Biro Kebajikan dan Sosial MTTJ.
Seramai 10 orang hadir dalam mesyuarat ini, termasuk; Pengerusi BKS, Ab Manaff Bin Safien, Setiausaha, Puan Sharifah Norisham Syed Abdullah, serta ahli-ahli jawatankuasa lain.
Mesyuarat tersebut membincangkan beberapa perkara penting, termasuk; senarai penerima bantuan melalui program MyFundAction, Program Ziarah Perihatin, senarai penyumbang bagi program bantuan dan aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dijalankan
Mesyuarat ini bertujuan untuk memperkukuh usaha kebajikan dan sosial masjid dalam memberi bantuan serta menyantuni komuniti setempat.
Menurut En. Mazlan, Penduduk-penduduk Taman Temerloh Jaya Indah (TJ Indah) yang menghadapi masalah kesihatan atau memerlukan bantuan dari Biro Kebajikan dan Sosial MTTJ diminta untuk menghubungi terus KRT TJ Indah [Hubungi]. Ini bagi membolehkan KRT memberikan makluman dan bantuan awal yang boleh disediakan untuk meringankan beban yang dihadapi.