16 November 2024 – Program konvoi motosikal "Ride to Taman Negara: Ukhuwah Al-Mukhlisin" anjuran Surau Al-Mukhlisin akan berlangsung pada hari ini, menyaksikan penyertaan seramai lebih 50 orang, termasuk peserta yang membawa keluarga dengan kereta dan kenderaan pacuan empat roda.
Peserta memulakan aktiviti dengan solat subuh berjemaah di Surau Al-Mukhlisin, diikuti tausiah subuh yang disampaikan oleh Ustaz Haji Roslan Jaafar, yang turut serta dalam konvoi tersebut. Tausiah tersebut mengetengahkan pentingnya ukhuwah dan kebersamaan dalam kalangan umat Islam dan program Ride to Taman Negara merupakan salah satu platform yang terbaik untuk memantapkan lagi ukhuwah dan persaudaraan para peserta. Beliau turut mengharapkan agar perjalanan konvoi selamat pergi dan balik serta mengingatkan para peserta agar sentiasa berzikir sepanjang perjalanan di samping berfikir dan menikmati keindahan ciptaan Allah.