15 November 2024 — Pagi ini telah berlangsung program Kuliah Dhuha Muslimat di Surau Al-Muhklisin, Taman Temerloh Jaya Indah (TJ Indah). Program yang dihadiri oleh 18 orang muslimat ini bermula pada jam 8.45 pagi dengan pelbagai rangkaian pengisian. Antaranya ialah; Solat Hajat dan Munajat.
Seterusnya, bagi slot kuliah dhuha pada pagi ini, para peserta berpeluang mendalami Tafsir Surah An-Nur yang disampaikan oleh Ustazah Alawiah binti Khasdan.
Untuk makluman, program ini adalah terbuka kepada para muslimat daripada kejiranan Temerloh Jaya, Temerloh Jaya Indah, Temerloh Makmur, dan taman-taman lain yang berdekatan.