
19 September 2024 —
KRT TJ Indah melalui program Ziarah Cakna telah berkunjung ke rumah Tuan Setia di Jalan TJI 2 yang sedang menghadapi dugaan, di mana isterinya, Puan Fauzidawati, 42 tahun, mengalami masalah usus melekat di perut akibat kesan pembedahan 14 tahun lalu. Puan Fauzidawati kini perlu mencuci luka setiap hari sebagai rawatan susulan.
Ziarah ini diketuai oleh Saudara Mazlan Hanfiah, Pengerusi KRT TJ Indah, bersama Timbalan Pengerusi, Saudara Norsafari Awang. Turut serta dalam kunjungan ini ialah Ketua Jiran Wanita KRT TJ Indah, Puan Hazamimah Muhamad, diiringi oleh AJK Jiran Wanita, Puan Rohayati Rozali selaku Setiausaha, Puan Norfazilah Jahi, Penolong Setiausaha dan Puan Alisya Abdullah, Bendahari.
Pihak KRT turut menyampaikan buah tangan sebagai tanda ingatan dan harapan agar Puan Fauzidawati segera sembuh.
Program Ziarah Cakna ini merupakan inisiatif khas KRT TJ Indah dalam menyantuni ahli komuniti yang memerlukan. Jika anda mengetahui mana-mana ahli komuniti yang memerlukan bantuan, sila hubungi pihak KRT TJ Indah.






