10 September 2024 — Pada hari ini sekitar jam 3.35 petang telah berlangsung Majlis Perjumpaan Pegawai Perpaduan bersama Jiran Wanita Taman Temerloh Jaya Indah. Majlis ini telah dihadiri oleh Pegawai Perpaduan Daerah Temerloh, Puan Julina Binti Jaafar, Penolong Pegawai Perpaduan, Puan Nur Hazwani Binti Hamid dan En. Amry dari MyStep.
Perjumpaan dimulakan dengan ucapan daripada Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang menekankan kepentingan mewujudkan Biro Wanita dalam KRT. Beliau mengajak wanita setempat untuk lebih aktif dalam menyertai pelbagai aktiviti kejiranan dan juga menghadiri program-program yang diadakan di surau. Pengerusi turut menyarankan agar semua maklumat aktiviti KRT dapat disampaikan dengan jelas kepada Jiran Wanita supaya penglibatan golongan wanita dapat ditingkatkan dalam setiap aktiviti KRT TJ Indah.
Puan Julina Binti Jaafar dalam ucapannya menekankan betapa pentingnya pembentukan jawatankuasa khusus untuk Jiran Wanita bagi memastikan penyertaan mereka dalam aktiviti kejiranan lebih tersusun. Menurut beliau, peranan wanita sangat diperlukan dalam menggerakkan komuniti, dan pelbagai program khas boleh diwujudkan untuk wanita dengan bantuan dana dari KRT atau sumber luaran. Selain itu, Jiran Wanita yang mempunyai produk boleh mendapat bantuan Jabatan Perpaduan untuk memasarkan produk mereka ke jabatan-jabatan kerajaan lain.
Dalam masa sama, beliau turut mencadangkan agar lantikan AJK Jiran Wanita dibuat segera bagi memudahkan kerjasama dengan Jabatan Perpaduan. Puan Julina turut mencadangkan agar Jiran Wanita KRT TJ Indah mengadakan sekurang-kurangnya satu aktiviti menjelang akhir tahun ini, sebagai usaha permulaan untuk mengaktifkan jawatankuasa tersebut.
Untuk makluman, Jiran Wanita merupakan sayap penting di bawah Jawatankuasa Rukun Tetangga (KRT) yang telah ditubuhkan sejak tahun 1983. Sebagai elemen utama dalam menggerakkan aktiviti komuniti, Jiran Wanita memainkan peranan besar dalam meningkatkan penyertaan wanita dalam pelbagai aspek sosial, ekonomi, agama, dan budaya. Di samping itu, Jiran Wanita juga berfungsi sebagai agen perpaduan, mengeratkan hubungan sesama jiran melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan.
Majlis berakhir pada jam 4.20 petang, diikuti dengan jamuan ringan yang disediakan oleh Saudara Norsafari, Timbalan Pegerusi KRT TJ Indah. Para hadirin menikmati hidangan sambil beramah mesra dengan pihak Pejabat Perpaduan, mengukuhkan lagi semangat kejiranan dan perpaduan dalam komuniti.
Jutaan terima kasih juga kepada barisan AJK yang bertungkus lumus bagi meyediakan persiapan untuk program hari ini.
| Jawatan | Nama | No. Tel |
|---|---|---|
| Pengerusi | Pn. Norhazamimah bt. Mohamad | |
| Tim. Pengerusi | Pn. Mariani bt. Mohd Nazeri | |
| Setiausaha | Pn. Rohayati bt. Rozali | |
| Pen. Setiausaha | Pn. Norfazilah b. Jahi | |
| Bendahari | Pn. Alisha bt. Abdullah |
Ahli Jawatankuasa
- 1. Pn. Siti Rohani bt. Ali
- 2. Pn. Badariah bt. Ahmad
- 3. Pn. Sadariah bt. Sulaiman
- 4. Pn. Kamisah bt. Pohat
- 5. Pn. Marina bt. Mohd Saleh
- 6. Pn. Afidah bt. Jahari








.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)


.jpeg)



.jpeg)


