6 September 2024 — Kuliah Ustaz Zainuddin apda malam ini dimulakan dengan menyentuh topik kepentingan sedekah. Menurutnya, sedekah bukan sahaja dalam bentuk wang, tetapi juga melalui perbuatan seperti memberi senyuman atau membuang halangan di jalan.
Beliau kemudian meneruskan pengajian kitab feqah berkaitan muamalat, khususnya membincangkan bab hukum jual beli dalam Islam, menekankan hukum halal haram dalam setiap transaksi.





