Ticker

6/recent/ticker-posts

Kuliah Mingguan: Dr. Abdullah Ismail 24 September 2024

Lazy Image

24 September 2024 — Slot kuliah Maghrib pada malam ini diisi dengan kuliah oleh Dr. Abdullah, Pengerusi Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Temerloh Jaya. Dr. Abdullah membuka kuliah dengan mengajak para jemaah surau Al-Mukhlisin untuk sama-sama bersyukur kerana masih dapat bertemu dan berada di bulan Rabiul Awwal, satu bulan yang mempunyai banyak cerita dalam sejarah Islam. Antaranya ialah ianya merupakan bulan kelahiran dan kewafatan Nabi Muhammad S.A.W. 

Dr. Abdullah menasihati para jemaah agar beribadat sesuai dengan apa yang diajarkan oleh Nabi dan mengelakkan dari perbuatan menokok tambah amalan yang tiada dalam agama. Selain itu beliau menyatakan bahawa kita haruslah mencintai Nabi, dan salah satu cara untuk menzahirkan kecintaan terhadap Nabi ialah dengan mendengar sirah dan mengamalkan ajaran sebagaimana yang dibawa oleh baginda. Perbuatan mengamalkan ajaran Nabi dan mengenali Nabi melalui sirahnya  akan menambah rasa cinta terhadap baginda, hinggakan melebihi dari anak-anak dan manusia yang lain, malahan ibu bapa sendiri. Dr. Abdullah seterusnya berkongsikan beberapa kisah sirah sahabat yang menunjukkan betapa para sahabat begitu mencintai Nabi melebihi dari keluarga mereka sendiri. Antara sirah yang boleh dipelajari untuk mencintai Nabi ialah dengan mendengar kisah kewafatan Nabi S.A.W yang jarang sekali diceritakan.

Sebelum memulakan kisah kewafatan baginda, Dr. Abdullah menyatakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W sudah menganjurkan kehidupan 24 jam manusia adalah dengan amalan seperti doa, kecuali sewaktu waktu membuang hajat sahaja. Beliau juga berkongsi hadis doa selepas wuduk yang mampu membukakan lapan pintu syurga dan boleh dimasuki oleh pembacanya melalui mana-mana pintu yang dikehendakinya.

"Tiadalah seorang kamu berwuduk dan memenuhi kesempurnaan wuduk, kemudian berdoa: “: Ø£َØ´ْÙ‡َدُ Ø£َÙ†ْ Ù„َا Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِÙ„َّا اللَّÙ‡ُ ÙˆَØ£َÙ†َّ Ù…ُØ­َÙ…َّدًا عَبْدُ اللَّÙ‡ِ ÙˆَرَسُولُÙ‡ُ” kecuali akan dibuka baginya pintu-pintu syurga yang lapan. Dia berhak masuk dari pintu mana yang dia mahu". — Riwayat Muslim (234), Abu Daud (169), al-Nasa'ie (148), Ibn Majah (470) dan al-Tirmizi (55).

Lafaz lain 

 Ø£َØ´ْÙ‡َدُ Ø£َÙ†ْ Ù„َا Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِÙ„َّا اللَّÙ‡ُ ÙˆَØ­ْدَÙ‡ُ Ù„َا Ø´َرِيكَ Ù„َÙ‡ُ ÙˆَØ£َØ´ْÙ‡َدُ Ø£َÙ†َّ Ù…ُØ­َÙ…َّدًا عَبْدُÙ‡ُ ÙˆَرَسُولُÙ‡ُ 

Dr. Abdullah seterusnya mengimbau kisah kewafatan Nabi S.A.W beberapa hari sebelum baginda wafat iaitu sewaktu masih lagi di bulan Safar ketika Nabi mula merasa demam dan sakit kepala yang agak kuat. Keadaan tersebut berlarutan selama 13 hari. Sungguhpun begitu, dalam tempoh 11 hari tersebut Nabi masih lagi mampu mengimami solat secara berjemaah bersama para sahabat. Sehinggalah Nabi mengadu kepada Aisyah r.a bahawa baginda merasa sakit yang antaranya mungkin disebabkan kesan racun yang diberikan oleh seorang wanita yahudi yang sengaja meracuni baginda. Nabi berikhtiar meredakan kesakitan dengan mencurahkan air dari 7 bekas.

Ketika merasakan kebah seketika, Nabi telah pergi ke mimbar dan berpesan kepada para sahabat, antara lain Nabi berpesan agar tidak menjadikan kubur seperti masjid atau tempat pemujaan. Dr. Abdullah menasihati para jemaah agar bijak menilai agar tidak terjebak dengan perkumpulan yang melakukan hal berlebihan di kuburan sebagaimana yang dilakukan oleh sebahagian dari umat Islam pada hari ini.

Beberapa hari kemudian, Nabi memberikan khutbah lagi dan baginda memberikan bayangan bahawa masa baginda tidak lama lagi di dunia ini, dan maksud baginda itu segera difahami oleh Saidina Abu Bakar yang kemudiannya menangis.

Empat hari sebelum Nabi wafat, baginda masih mampu mengimami solat berjemaah, sehinggalah pada hari Khamis. Namun ketika hendak solat Isyak, baginda telah jatuh pengsan beberapa kali. Baginda kemudiannya telah mengarahkan Saidina Abu Bakar untuk menggantikannya sebagai Imam dan selepas itu baginda tidak lagi mampu berjemaah di masjid.

Pada hari terakhir kewafatannya, Nabi S.A.W telah membuka langsir rumah baginda (yang terletak di dalam masjid) untuk melihat para sahabat yang sedang hendak menunaikan solat Subuh berjemaah. Nabi tersenyum kepada para sahabat baginda dan itu merupakan kali terakhir para sahabat melihat baginda sewaktu hidupnya.

Pada akhirnya Nabi S.A.W wafat di rumah isteri baginda, Aisyah binti Abu Bakar.

Dr. Abdullah meninggalkan pesan bahawa, agama Islam yang sempurna yang dinikmati oleh umat pada hari ini adalah hasil dari susah payah Nabi S.A.W berdakwah. Dr. Abdullah juga menyarankan para jemaah untuk memperbanyak selawat ke atas Nabi, minima 10 kali selepas asar dan 10 kali selepas subuh. Serta menanamkan rasa kasih kepada Nabi agar dapat bersama baginda suatu hari nanti di dalam syurga kelak.

Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image