29 Ogos 2024 — Pada pagi ini telah berlangsungnya raptai penuh perbarisan sempena sambutan Hari Kemerdekaan peringkat daerah Temerloh pada 31 Ogos 2024 nanti. Kontinjen Jabatan Perpaduan pada tahun ini menghantar seramai 35 orang wakil dari gabungan beberapa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di bawah naungannya. KRT Taman Temerloh Jaya Indah diwakili oleh Timbalan Pengerusi, En. Norsafari bin Awang Ahmad. Acara ini berlangsung di Dataran Temerloh.