Ticker

6/recent/ticker-posts

Kerosakan Teruk di Taman Permainan Kanak-Kanak TJ Indah


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada seluruh komuniti Taman Temerloh Jaya Indah.

Tarikh: 28 Ogos 2024
Hari: Rabu
Lokasi: Taman permainan kanak-kanak Taman Temerloh Jaya Indah (Jalan 2/4)

Beberapa komponen permainan kanak-kanak di Jalan Temerloh Jaya Indah 2/4 mengalami kerosakan yang agak serius. Keadaan ini boleh mengundang kecederaan kepada kanak-kanak yang bermain di situ.

Sementara saya membuat laporan kepada pihak PBT, mohon kerjasama ibu bapa untuk sentiasa memantau keberadaan anak-anak di kawasan tersebut.

Saya juga ingin mengingatkan seluruh komuniti agar bersama-sama menjaga kemudahan yang disediakan, dan menghindari sebarang tindakan yang boleh merosakkan kemudahan tersebut oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

………………………………… ..
Mazlan Hanfiah
(Pengerusi KRT Taman  Temerloh Jaya Indah)