15 Ogos 2024 — Program Ukhwah mingguan di Surau Al-Mukhlisin diadakan seperti biasa pada malam ini. Majlis berjalan lancar dengan bacaan surah Yassin, Al-Kahfi, dan Al-Mulk yang dipimpin oleh Imam Haji Din. Kehadiran malam ini amat menggalakkan hingga memenuhi seluruh saf solat. Jamuan turut disediakan oleh pihak surau selepas solat Isyak.