15 Ogos 2024 — Latihan memanah kanak-kanak komuniti TJ Indah diteruskan seperti biasa pada petang ini. Seramai lebih sepuluh orang anak-anak menyertai latihan yang dikendalikan oleh Cikgu Arma dari Biro Sukan KRT TJ Indah. Turut diadakan pertandingan memanah suka-suka untuk mengisi slot latihan yang terluang.
