15 Ogos 2024 — Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) dengan kerjasama URBANICE Malaysia telah menganjurkan program Focus Group Discussion (FGD): Penyediaan Laporan Hala Tuju Maklumat Pembangunan Mapan, di Dewan Tun Razak, Temerloh.
MPT diwakili oleh Haji Suris Mihat, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh, sementara itu URBANICE diwakili oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif URBANICE, Dr. Azmizam Abdul Rashid.
Program yang dirasmikan oleh Haji Suris Mihat, YDP Majlis Perbandaran Temerloh ini menyasarkan peserta dari kalangan pemimpin-pemimpin setempat seperti pemimpin Rukun Tetangga, pemimpin NGO, pemaju, pengetua sekolah, ketua jabatan kerajaan persekutuan dan juga kerajaan negeri. Antara yang hadir ialah YB. Puan Hajah Salamiah Binti Mohd Nor (Ahli Parlimen Temerloh), YB. Woo Che Wan (Adun Mentakab), YB. Dato’ Rodzuan bin Zaaba (Adun Jenderak), YB. Hasanuddin Salim (Adun Kuala Semantan) dan Puan Julina Jaafar (Pegawai Perpaduan Daerah). Pihak KRT Taman Temerloh Jaya Indah diwakili oleh En. Mazlan Hanfiah, selaku Pengerusi.
Tujuan bengkel FGD ini diadakan adalah untuk mendapatkan maklum balas mengenai isu-isu, potensi, masalah, cadangan, dan pandangan tentang hala tuju pembangunan mampan di Daerah Temerloh. Maklum balas ini akan dijadikan asas bagi penyediaan Laporan Hala Tuju Matlamat Pembangunan Mampan – ‘Sustainable Development Goals (SDGs) Roadmap’ dan ‘Voluntary Local Review (VLR)’, yang merupakan tahap kedua dalam mengukur kemajuan SDG di Temerloh. Laporan ini akan dibawa dan dibentangkan dalam perbincangan VLR di peringkat antarabangsa SDG.





.jpeg)