Ticker

6/recent/ticker-posts

Perjumpaan Khas AJK KRT Taman Temerloh Jaya Indah

10 Ogos 2024 — Satu perjumpaan telah diadakan oleh Pengerusi dan AJK KRT Taman Temerloh Jaya Indah (KRT TJ Indah), di Pondok SRS untuk membincangkan beberapa agenda penting.

Perjumpaan tersebut menumpukan kepada tiga agenda utama iaitu pelaksanaan Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena bulan kemerdekaan dan perancangan Program Kospen pada 24 Ogos 2024 nanti dan juga Jamuan Makan Merdeka.

Serentak dengan itu pada malam ini juga, rondaan sukarela turut diadakan sebagai aktiviti rutin.
----------------------------------------------
Laporan Perjumpaan

Merujuk kepada perbincangan yang diadakan semalam, beberapa keputusan telah dipersetujui seperti berikut:

1. Kempen Kibar Jalur Gemilang
Aktiviti memasang dan menghias pondok SRS akan dijalankan pada 14 September 2024 (Rabu) jam 10 malam.

2. Penyerahan Jalur Gemilang kepada Komuniti
Penyerahan bendera Jalur Gemilang akan diadakan pada 15 Ogos 2024 (Khamis) jam 5 petang di Pondok SRS. Semua AJK diminta hadir. Kos pembelian bendera akan dimaklumkan oleh Timbalan Pengerusi.

3. Jamuan Merdeka
Jamuan Merdeka akan diadakan pada 30 Ogos 2024, jam 9.30 malam di Pondok SRS. Menu yang dicadangkan adalah:
1. Nasi Goreng
2. Ayam Bakar
3. Minuman
4. Lain-lain (untuk 100 orang)

4. Program Kospen
KRT perlu menyediakan banner dengan kos RM80.00. Makanan akan disediakan oleh Timbalan Pengerusi. Semua AJK diwajibkan hadir bersama keluarga masing-masing.

Sekian, terima kasih.