Ticker

6/recent/ticker-posts

KOSPEN Komuniti Taman Temerloh Jaya Indah 2024


Program Kospen 2024 yang dijadualkan berlangsung pada 24 Ogos 2024, akan diadakan di Komuniti Taman Temerloh Jaya Indah. Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang, termasuk saringan kesihatan percuma, berjalan 10,000 langkah, senam sihat, ceramah kesihatan, dan banyak lagi.

Program ini dianjurkan oleh KRT Taman Temerloh Jaya Indah dengan sokongan serta kerjasama daripada Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh. Kospen merupakan inisiatif kerajaan untuk meningkatkan kesedaran rakyat dalam menangani masalah penyakit tidak berjangkit (NCD) serta faktor risikonya.

Matlamat utama program ini adalah untuk membentuk komuniti yang sihat dan produktif melalui amalan gaya hidup sihat, di samping meningkatkan potensi diri dan tahap sosioekonomi dalam pembangunan mampan. Program ini juga bertujuan untuk mendekatkan serta meluaskan capaian inisiatif komuniti, agar kita dapat membentuk masyarakat yang bebas daripada penyakit tidak berjangkit, yang kini menjadi beban utama negara.

Selain itu, program ini turut menekankan nilai aktiviti yang dijalankan di bawah agensi terlibat melalui penerapan elemen pendidikan asas pencegahan dan prosedur mudah untuk mengesan faktor penyakit tidak berjangkit. Tidak ketinggalan, usaha juga diambil untuk mewujudkan sekumpulan sukarelawan yang terlatih di kalangan ahli komuniti.

PROGRAM: KOSPEN (Taman Temerloh Jaya Indah 2024)
Tarikh: 24 Ogos 2024
Lokasi: Gelanggang Sepak Takraw/Surau Al-Mukhlisin

Hebahan akan dibuat melalui kumpulan Whatsapp komuniti Taman Temerloh Jaya Indah