Ticker

6/recent/ticker-posts

Pemasangan Jalur Gemilang di Pondok KRT Taman Temerloh Jaya Indah


14 Ogos 2024 — Pihak Kawasan Rukun Tetangga Taman Temerloh Jaya Indah (KRT TJI) telah melakukan pemasangan Jalur Gemilang di pondok Skim Rondaan Sukarela (SRS) pada petang ini sebagai simbolik perasmian Kempen Memasang Jalur Gemilang sempena bulan kemerdekaan. Kempen ini akan bermula dari 15 Ogos 2024 hingga 16 September 2024. Sehubungan itu, pihak KRT menyeru seluruh komuniti Taman Temerloh Jaya Indah untuk bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme dengan mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman masing-masing. Kempen ini adalah sebagai satu tanda kecintaan kepada negara kita, Malaysia yang telah mencapai usia 67 tahun kemerdekaan. 

Pihak KRT TJ Indah juga akan menyediakan hadiah istimewa bagi kediaman yang mengambil bahagian dalam kempen ini yang mengibarkan Jalur Gemilang dengan cara paling kreatif.