Ticker

6/recent/ticker-posts

Pengerusi dan Timbalan Pengerusi KRT Taman TJ Indah di Mesyuarat Jawatankuasa Wabak Denggi Daerah Temerloh

21 Ogos 2024 — Pengerusi KRT Taman Temerloh Jaya Indah, En. Mazlan Hanfiah, bersama Timbalan Pengerusi, En. Norsafari Awang, telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Wabak Denggi Daerah Temerloh yang diadakan pada pukul 9.00 pagi ini bertempat di Bilik Gerakan Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Mesyuarat dipengerusikan oleh YH. Dato' Khairur Rizal Ramli, Pegawai Daerah Temerloh.

Mesyuarat tersebut turut melibatkan kehadiran wakil-wakil dari pihak Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh, Ketua Polis Daerah Temerloh, Kadi Daerah, Pegawai Kesihatan, Pengurus Alam Flora, Pegawai Pejabat Perpaduan Daerah, serta Penghulu-Penghulu Mukim yang terdiri daripada Mukim Perak II, Tualang, Kerdau, Lipat Kajang, Semantan I, Semantan II, Jenderak I, Jenderak II, Sanggang I, Sanggang II, Mentakab I, Mentakab II, Bangau, Pengerusi JKKK, Songsang, dan Songsang II. Turut hadir adalah Pegawai Pendidikan Daerah serta pegawai-pegawai kesihatan daerah yang lain.

Berikut ialah statistik laporan penularan wabak denggi di daerah Temerloh (sehingga Julai 2024)

Mukim Perak 1 mencatatkan jumlah kes denggi tertinggi iaitu sebanyak 117 kes, diikuti oleh Mentakab 1 dengan 46 kes. Taman-taman yang terlibat dalam tempoh wabak pula menunjukkan bahawa Taman Sri Semantan mempunyai tempoh wabak paling lama, iaitu selama 25 hari dengan 15 kes yang dilaporkan. Keseluruhan data menunjukkan jumlah kes sebanyak 263 kes di pelbagai kawasan mukim dan taman perumahan.

Taburan Kes Mengikut Mukim:

1. Perak II: 117 kes
2. Mentakab I: 46 kes
3. Mentakab II: 26 kes
4. Jenderak I: 17 kes
5. Perak II: 12 kes
6. Bangau: 12 kes
7. Songsang: 7 kes
8. Kerdau: 6 kes
9. Sanggang 2: 6 kes
10. Semantan I: 5 kes
11. Semantan II: 3 kes
12. Sanggang 1: 3 kes
13. Lebak: 2 kes
14. Lipat Kajang: 1 kes
15. Jenderak II: 0 kes

Tempoh Wabak Mengikut Taman Perumahan:

1. Taman Saga: 18 hari (7 kes)
2. Taman Setia Jasa: 14 hari (2 kes)
3. Taman Tualang Indah: 14 hari (2 kes)
4. Taman TJ 8: 15 hari (3 kes)
5. Taman TJ 6: 21 hari (6 kes)
6. Taman Dahlia: 19 hari (4 kes)
7. Taman Sri Semantan: 25 hari (15 kes)
8. Taman Temerloh Makmur: 17 hari (5 kes)
9. Taman Temerloh Jaya Indah: 16 hari (3 kes)

Secara keseluruhannya, kawasan mukim dan taman-taman perumahan yang terlibat menunjukkan bahawa wabak denggi telah dikawal dengan baik, walaupun terdapat tempoh wabak yang panjang di beberapa kawasan. 

Untuk rekod, Taman Temerloh Jaya Indah tidak pernah mempunyai rekod kejadian wabak denggi sejak tahun 2019. Lokaliti ini mula diisytihar sebagai kawasan wabak pada 10 Julai 2024 dan tamat pada 26 Julai 2024 dengan jumlah tempoh berwabak selama 17 hari. Sebanyak 3 buah premis telah dikompaun, manakala 1 premis diberi notis pembersihan.