20 Ogos 2024 — Pagi ini, wakil dari Pejabat Pertanian Daerah Temerloh, En. Abdul Hadi Fikrie ditemani Pengerusi KRT Taman Temerloh Jaya Indah (KRT TJI), En. Mazlan Hanfiah telah melawat tapak kawasan lapang milik KRT TJI sebagai langkah susulan terhadap usaha pihak KRT membersihkan kawasan tersebut bagi tujuan pembangunan pertanian komuniti. Pihak Jabatan Pertanian turut menyatakan kesediaan mereka untuk memberikan bantuan yang sewajarnya kepada KRT TJI dalam usaha membangunkan kawasan seluas suku ekar itu demi manfaat penduduk Taman Temerloh Jaya Indah.