20 Ogos 2024 - Latihan memanah yang dikendalikan oleh Cikgu Arma Zurin diteruskan lagi pada petang ini, melibatkan anak-anak daripada komuniti Taman Temerloh Jaya Indah. Cikgu Arma, seorang jurulatih yang berpengalaman dan berdedikasi, secara rutin meluangkan masa untuk melatih anak-anak di komuniti ini agar mereka dapat menguasai seni memanah dengan baik.
Beliau dengan sabar dan teliti, memastikan setiap anak didik memahami teknik dan asas-asas memanah, sambil membina keyakinan diri serta disiplin dalam kalangan mereka. Latihan ini bukan sahaja bertujuan untuk mengasah kemahiran memanah, tetapi juga untuk menanamkan nilai-nilai positif dalam diri mereka. Setiap kali memanah dan anak panah mengenai sasaran, anak-anak diajar oleh Cikgu Armar untuk berzikir.
Usaha Cikgu Arma ini dilihat sebagai satu inisiatif yang amat bermakna dalam membina generasi muda yang fokus, berkeyakinan, dan mempunyai nilai-nilai yang baik di dalam diri mereka.
Ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak mereka belajar memanah boleh berhubung dengan pihak KRT TJ INDAH. Latihan memanah adalah Percuma anak-anak komuniti Taman Temerloh Jaya Indah [KLIK SINI]
.jpeg)
.jpeg)


.jpeg)



.jpeg)




