20 Ogos 2024 — Pada petang ini, selepas solat Asar, beberapa ahli komuniti Taman Temerloh Jaya Indah yang berkelapangan telah pergi mengambil dua batang tiang bendera lama dari Masjid Temerloh Jaya, dengan menggunakan lori yang disediakan oleh En. Amrul. Pada masa yang sama, sebahagian ahli lain menunggu di pondok SRS KRT TJ Indah, bersiap sedia untuk membantu dalam proses menurunkan dan menanam tiang-tiang bendera tersebut.
Proses menegakkan dan menanam tiang-tiang bendera ini berjaya dilakukan dengan lancar hasil kerjasama semua ahli komuniti yang datang membantu.
Pengerusi KRT TJ Indah, Mazlan Hanfiah mewakili seluruh komuniti Taman Temerloh Jaya Indah, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Abdullah Ismail, Pengerusi Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, atas sumbangan tiang-tiang bendera ini, yang dijadualkan akan dirasmikan penggunaannya pada malam 30 Ogos nanti.
Ucapan terima kasih juga kepada semua AJK KRT dan ahli komuniti Taman Temerloh Jaya Indah yang terlibat secara langsung dan tidak dalam usaha ini, dari peringkat mengambil tiang sehingga berjaya didirikan dengan baik.
Klik gambar dan tunggu di'loading' sepenuhnya untuk resolusi ringgi
































