Program KOSPEN Taman Temerloh Jaya Indah akan diadakan pada 24 Ogos 2024, bertempat di gelanggang sepak takraw Taman Temerloh Jaya Indah. Program ini akan bermula seawal pukul 7.15 pagi dan menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk penduduk setempat. Antara aktiviti yang disusun termasuk senam sihat, berjalan 10,000 langkah, pemeriksaan kesihatan percuma, taklimat kesihatan, dan banyak lagi. Untuk memeriahkan lagi acara, cabutan bertuah turut disediakan bagi peserta yang hadir. Pegawai kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh juga dijangka hadir bagi memberikan sokongan dan berkongsi ilmu kesihatan kepada komuniti.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kesihatan dalam kalangan penduduk serta memupuk gaya hidup sihat.
Datanglah bersama keluarga anda, dan marilah kita bersama-sama membina kesedaran tentang kesihatan kepada anak-anak. Inilah peluang untuk mendidik generasi muda tentang pentingnya menjaga kesihatan sambil menikmati masa berkualiti bersama keluarga di samping aktiviti-aktiviti yang bermanfaat.
Tarikh: 24 Ogos 2024
Masa: 7.15am
Venue: Gelanggang Sepak Takraw TJI
Masa: 7.15am
Venue: Gelanggang Sepak Takraw TJI
SEMUA PENDUDUK TAMAN TEMERLOH JAYA INDAH DIJEMPUT HADIR BERSAMA KELUARGA MASING-MASING. LIHAT TENTATIF PROGRAM DI SINI
