6 Ogos 2024 — Ceramah mingguan (minggu 1) oleh Dr. Haji Abdullah Ismail, Pengerusi Majid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (Masjid Temerloh Jaya) di Surau Al-Mukhlisin Taman Temerloh Jaya Indah.
Dr. Haji Abdullah menekankan tentang kepentingan solat sebagai pasport menuju akhirat dan akan menjadi bekalan yang sangat berharga untuk kehidupan di akhirat kelak. Beliau turut menasihati jemaah agar sama-sama bermuhasabah diri dan berusaha memperbaiki solat masing-masing agar dapat menjadi pelindung dan penyelamat dari azab kubur dan kesulitan di hari akhirat. Dr. Abdullah juga mengingatkan bahawa kehidupan dunia ini hanyalah sementara dan persediaan untuk kehidupan yang kekal abadi di akhirat adalah lebih penting. Oleh itu, beliau menyeru jemaah agar sentiasa mempertingkatkan kualiti solat.
Selepas solat Isyak, jemaah dihidangkan dengan jamuan yang disediakan oleh pihak surau.