Ticker

6/recent/ticker-posts

Kibarkan Jalur Gemilang


Mengibarkan Jalur Gemilang adalah amalan penting yang melambangkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia. Ia menzahirkan kecintaan kita kepada tanah air, menunjukkan penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan generasi terdahulu yang berjuang untuk kemerdekaan. Jalur Gemilang juga adalah simbol keamanan, perpaduan, dan keharmonian yang kita nikmati hari ini. Dengan mengibarkan bendera, kita bukan sahaja mengenang sejarah negara, tetapi juga menyemarakkan semangat kebangsaan dalam diri, demi kesejahteraan bersama.

Pihak KRT Taman Temerloh Jaya Indah telah melancarkan kempen kibarkan bendera malaysia bermula 15 Ogos 2024 hingga 16 September 2024. Ahli komuniti Taman TJ Indah digalakkan untuk menyertai kempen ini bagi menzahirkan kecintaan kepada negara kita, Malaysia.