Ticker

6/recent/ticker-posts

Kempen Kibarkan Jalur Gemilang Sempena Bulan Kemerdekaan


Assalamualaikum, Salam Perpaduan, Salam Malaysia MADANI.

ARAHAN UNTUK MENGIBARKAN JALUR GEMILANG SERTA AKTIVITI BERKAITAN SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN TAHUN 2024

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bulan Kemerdekaan akan disambut di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah mulai 15 Ogos 2024 hingga 16 September 2024.

3. Sehubungan itu, bagi menyemarakkan semangat patriotisme sempena Perayaan Bulan Kemerdekaan tahun ini, semua Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Negeri Pahang adalah dipohon untuk mengibarkan dan menghias Jalur Gemilang di rumah kediaman, premis-premis, dan Pusat Rukun Tetangga (PRT) masing-masing mulai 15 Ogos 2024 hingga 16 September 2024. Pelaksanaan program-program dan aktiviti-aktiviti patriotisme yang bersesuaian juga adalah digalakkan. Pelaksanaan program dan aktiviti adalah bergantung kepada kemampuan KRT dan menggunakan peruntukan yang sedia ada.

4. Kerjasama dan perhatian Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

Mazlan bin Hanfiah
(Pengerusi KRT Taman Temerloh Jaya Indah)