Ticker

6/recent/ticker-posts

Sukaneka KRT Taman Temerloh Jaya Indah 2024


30 Julai 2024 — Program Sukaneka KRT Taman Temerloh Jaya Indah 2024 berlangsung dengan cemerlang pada hari ini. Aktiviti dimulakan pada pukul 7.30 pagi dengan kehadiran AJK KRT untuk melakukan persiapan akhir dan pendaftaran kehadiran. Tepat jam 8.00 pagi, program dimulai dengan bacaan doa oleh Imam Farhan. Selepas itu, Pengerusi KRT TJ Indah, saudara Mazlan Hanfiah, menyampaikan ucapan pembukaan. Sarapan turut disediakan oleh pihak KRT untuk semua ahli komuniti dan peserta yang hadir sebelum acara dimulakan.

Acara diteruskan dengan senaman regangan yang dipimpin oleh Tuan Irwan. Beliau turut memberikan beberapa petua untuk mengekalkan kesihatan diri.

Seterusnya acara sukaneka dimulakan mengikut kategori. Antara acara yang dipertandingkan ialah; pertandingan mewarna bagi kanak-kanak berumur 7 tahun ke bawah.

Bagi kanak-kanak berumur 9 tahun ke bawah, acara yang dipertandingkan ialah pertandingan membawa bola ping pong dalam sudu secara berpasukan dan pertandingan tiup belon sampai pecah, juga secara berpasukan.

Bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah pula, acara yang dipertandingkan ialah bowling kelapa, berjalan guna bata, baling belon, dan cari gula-gula dalam tepung, kesemuanya dijalankan secara berpasukan.

Tidak ketinggalan, sukaneka ibu bapa juga turut diadakan. Ibu-ibu akan bersaing dalam acara bowling kelapa dan baling belon ke belakang secara berpasukan, manakala bapa-bapa pula menunjukkan kemahiran mereka dalam acara sepak kon penalti. Selain itu, terdapat juga acara yang melibatkan pasangan suami isteri iaitu "Semakin Jauh Semakin Sayang" dan acara makan tembikai yang dikhaskan untuk ahli AJK KRT dan ahli komuniti.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang setiap acara sukaneka dilakukan oleh Dr. Isa bagi kategori lelaki dan Dr.Atikah bagi kategori wanita.

Program sukaneka berakhir tepat pada pukul 12.00 tengah hari.