Ticker

6/recent/ticker-posts

Kuliah Maghrib Khas Ustaz Afiq Roslan (ITTAB) di Surau Al-Mukhlisin

29 Julai 2024 — Kuliah khas Maghrib telah diadakan di Surau Al-Mukhlisin, Taman Temerloh Jaya Indah. Kuliah yang bertajuk, Displin Ilmu disampaikan oleh Ustaz Afiq Roslan, Ketua Jabatan Latihan & Dakwah Institut Tahfiz Thurat Al-Banna, Bandar Jengka. Program kuliah khas ini antara lain adalah bertujuan untuk mengumpul dana bagi pihak ITTAB.

Antara intipati ceramah yang boleh diambil pelajaran ialah kepentingan memahami displin ilmu Akidah, Feqah dan Tasawuf dalam kehidupan, dan kesemua ilmu tersebut haruslah dipelajari secara bersamaan.

Usai solat Isyak, para jemaah dan Ustaz Afiq dijamu dengan jamuan yang disediakan oleh team 'Rebus Tak Empuk' Surau Al-mukhlisin.