23 Julai 2024 — Mesyuarat khas Sukaneka KRT Taman Temerloh Jaya Indah 2024 telah diadakan dan bertempat di Surau Al-Mukhlisin, selepas solat Maghrib dipengerusikan oleh En. Mazlan Hanfiah, Pengerusi KRT TJ Indah. Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan beberapa agenda penting yang berkaitan dengan persiapan dan pelaksanaan sukaneka yang dirancang diadakan pada 30 Julai 2024.
Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
1. Pembentangan bajet oleh Ketua Biro Sukan.
2. Melantik AJK Sukaneka.
3. Lain-lain hal.
Mesyuarat khas ini dihadiri oleh ahli-ahli KRT yang komited untuk menjayakan sukaneka dan memastikan segala persiapan dilakukan dengan baik.
.jpeg)
.jpeg)
