PROGRAM UKHWAH JIRAN WANITA
Pengenalan
Program Ukhwah Jiran Wanita KRT Taman Temerloh Jaya Indah telah berjaya dilaksanakan pada 11 Julai 2026 di Surau Al-Mukhlisin. Program ini aktiviti merupakan kerjasama antara KRT Taman Temerloh Jaya Indah dengan Surau Al-Mukhlisin sempena bulan Muharam bagi memperkukuhkan semangat kejiranan, perpaduan dan ukhwah dalam kalangan penduduk setempat.
Program ini turut dihadiri oleh Pengerusi KRT Taman Temerloh Jaya Indah bersama Ahli Jawatankuasa KRT, Ketua Jiran Wanita serta Pengerusi Surau Al-Mukhlisin bersama Ahli Jawatankuasa Surau yang sentiasa memberikan sokongan terhadap pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan.
Program Aktiviti
Aktiviti utama ialah memasak Bubur Asyura secara bergotong-royong dengan penglibatan aktif Jiran Wanita. Setiap peserta memainkan peranan masing-masing dalam penyediaan bahan, memasak dan pembungkusan Bubur Asyura. Aktiviti ini berjaya mewujudkan suasana mesra, harmoni dan penuh semangat kerjasama.
Bubur Asyura yang telah dimasak kemudiannya diagihkan kepada penduduk sekitar sebagai tanda kasih sayang, keprihatinan dan perkongsian rezeki dalam komuniti.
Sepanjang program, peserta turut menikmati jamuan minum pagi dan makan tengah hari secara potluck sebelum menunaikan Solat Zohor berjemaah di Surau Al-Mukhlisin.
Program Matematik
- Memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan ukhwah sesama Jiran Wanita serta penduduk setempat.
- Mengukuhkan kerjasama antara KRT Taman Temerloh Jaya Indah dan Surau Al-Mukhlisin dalam menjalankan aktiviti kemasyarakatan.
- Memberi peluang dan tanggungjawab kepada Jiran Wanita untuk merancang serta melaksanakan program komuniti.
- Menyemai nilai gotong-royong, saling membantu dan semangat sukarela.
- Berkongsi rezeki dengan masyarakat melalui pengagihan Bubur Asyura.
- Mengimarahkan surau melalui pelaksanaan Solat Zohor berjemaah.
Penghargaan
KRT Taman Temerloh Jaya Indah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengerusi Surau Al-Mukhlisin serta Ahli Jawatankuasa Surau atas kerjasama yang amat baik dalam menjayakan program ini. Penghargaan yang tidak terhingga turut dirakamkan kerana Surau Al-Mukhlisin telah membiayai sepenuhnya kerana penyediaan Bubur Asyura , sekali gus membolehkan program ini berlangsung dengan lancar dan memberi manfaat kepada penduduk setempat.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua Ahli Jawatankuasa KRT, Ahli Jawatan Kuasa Surau Al Mukhlisin, Jiran Wanita dan para peserta yang telah menyumbangkan tenaga, masa dan idea berlangsung. Semangat kerjasama yang menunjukkan bahawa perpaduan dalam komuniti merupakan asas kesejahteraan dan keharmonian masyarakat.
Penutup
Secara keseluruhannya, Program Ukhwah Jiran Wanita telah mencapai objektif yang dirancang. Program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat kejiranan, malah menjalin kerjasama antara KRT dan Surau dalam melaksanakan aktiviti kemasyarakatan yang bermanfaat. Diharapkan program seumpama ini akan terus dilaksanakan secara berterusan demi melahirkan komuniti yang bersatu padu, prihatin dan saling membantu.
Semoga Allah SWT memberkati segala usaha yang telah dilaksanakan, mengurniakan keikhlasan dalam berkhidmat, mengeratkan hubungan sesama jiran serta menjadikan Taman Temerloh Jaya Indah sebuah komuniti yang sentiasa hidup dalam suasana aman, harmoni, saling menghormati dan saling membantu. Mudah-mudahan setiap amal kebajikan dan kerjasama yang diterima sebagai amal soleh serta menjadi asbab memperoleh rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT.
