Dengan penuh kesyukuran, Majlis Kenduri Kahwin En. Rosli Alias telah berlangsung pada 5 hingga 6 Jun 2026. Majlis yang penuh keberkatan ini dianjurkan sepenuhnya oleh komuniti Taman Temerloh Jaya Indah. Segala persiapan kenduri telah dijalankan di Surau Al Mukhlisin.
Kerja-kerja memasak dimulakan seawal jam 10.00 pagi pada 5 Jun 2026 oleh kaum wanita. Sementara itu, kaum lelaki pula mula menyiang daging pada jam 2.30 petang hari yang sama. Kerja memasak diteruskan selepas waktu Maghrib sehingga selesai. Pada malam 5 Jun 2026, Majlis Doa dan Selamat telah diadakan di Surau Al Mukhlisin bagi mendoakan kebahagiaan dan keberkatan kepada En. Rosli beserta keluarga.
Jamuan kenduri pula akan diadakan pada 6 Jun 2026 bermula dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Semua tetamu dan penduduk setempat adalah dijemput hadir untuk bersama-sama meraikan majlis ini.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada seluruh penduduk Taman Temerloh Jaya Indah yang telah turun padang membantu tanpa jemu, sama ada dari segi tenaga, masa mahupun sumbangan. Semoga segala usaha dan bantuan ikhlas ini diberkati Allah SWT.
Semoga majlis ini diberkati dan menjadi kenangan indah buat semua. Terima kasih. Komuniti Taman Temerloh Jaya Indah
Mazlan Hanfiah
Pengerusi KRT Taman Temerloh Jaya Indah
Pengerusi KRT Taman Temerloh Jaya Indah