Ticker

6/recent/ticker-posts

Kelab Memanah TJ Indah Sertai Karnival Maal Hijrah 1448H MTTJ

17 Jun 2026 — Kelab Memanah TJ Indah telah mengambil bahagian dalam Karnival Maal Hijrah 1448H yang berlangsung di Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ), Taman Temerloh Jaya, hari ini.

Penyertaan kelab tersebut adalah atas jemputan pihak masjid untuk mengendalikan aktiviti memanah terbuka yang menjadi salah satu tarikan utama sepanjang karnival berkenaan.

Kehadiran Kelab Memanah TJ Indah memberi peluang kepada masyarakat untuk mengenali sukan memanah dengan lebih dekat, di samping merasai sendiri pengalaman memanah di bawah bimbingan ahli-ahli kelab yang berpengalaman.

Karnival Maal Hijrah 1448H yang dianjurkan oleh MTTJ turut menampilkan pelbagai aktiviti lain, termasuk pertandingan azan, pertandingan mewarna, kuiz, teka silang kata, cabutan bertuah serta gerai jualan makanan, minuman dan produk usahawan.