Ticker

6/recent/ticker-posts

Laporan SRS KRT Taman Temerloh Jaya Indah 7 Jun 2026, Sabtu


LAPORAN AKTIVITI SKIM RONDAAN SUKARELA (SRS)

KRT Taman Temerloh Jaya Indah

Pada 27 Jun 2026 (Sabtu) , Skim Rondaan Sukarela (SRS) KRT Taman Temerloh Jaya Indah telah mengadakan aktiviti ronda malam bermula jam 10.00 malam hingga 1.00 pagi dengan penyertaan seramai 12 orang sukarelawan .

Aktiviti rondaan ini dijalankan di sekitar kawasan perumahan bagi meningkatkan tahap keselamatan dan kesejahteraan penduduk, selain membantu mencegah kejadian jenayah seperti pecah rumah, kecurian, vandalisme serta aktiviti yang boleh mengganggu ketenteraman awam. Rondaan turut bertujuan mewujudkan suasana kejiranan yang lebih harmoni, harmoni dan saling mengambil berat antara satu sama lain.

Sepanjang rondaan, para sukarelawan telah memantau kawasan-kawasan yang dikenali pasti berisiko serta memastikan keadaan persekitaran berada dalam keadaan terkawal. Semangat kerjasama, keprihatinan dan tanggungjawab yang ditunjukkan oleh semua peserta amat menghargai serta mencerminkan komitmen masyarakat dalam menjaga keselamatan kawasan kediaman.

Adalah diharapkan agar program Skim Rondaan Sukarela (SRS) ini dapat diteruskan secara konsisten dengan sokongan lebih ramai penduduk. Semoga usaha murni ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama jiran, meningkatkan kesedaran mengenai tanggungjawab bersama dalam menjaga keselamatan komuniti serta menjadikan Taman Temerloh Jaya Indah sebagai kawasan yang aman, selamat dan sejahtera untuk didiami.

Terima kasih atas kehadiran pehak PDRM turut bersama laminate di ketuai Insp. Mohd Hilmi b. Ismail ( JPJKK ) bersama 2 lagi anggotanya.

Ssemoga kerjasama ininterus di adakan di masa akan datang.

"Keselamatan Tanggungjawab Bersama, Kejiranan Harmoni Kesejahteraan Komuniti."