Ticker

6/recent/ticker-posts

Pertandingan Memanah Terbuka Kelab Memanah TJ Indah

10 Mei 2026 – Seramai 120 peserta dari Melaka, Putrajaya, Johor dan Pahang menyertai Pertandingan Memanah Terbuka Taman Temerloh Jaya Indah yang berlangsung di Lapang Sasar Memanah KRT Taman Temerloh Jaya Indah, baru-baru ini.

Pertandingan anjuran Kelab Memanah Taman Temerloh Jaya Indah itu mempertandingkan kategori dewasa lelaki dan wanita dewasa dengan format panahan sejauh 30 meter menggunakan sasaran jenis octagon. Setiap peserta perlu melengkapkan enam anak panah bagi setiap end melibatkan enam end dan dua pusingan pertandingan.

Pertandingan tersebut berlangsung dalam suasana meriah apabila para peserta mempamerkan ketepatan serta kemahiran memanah bagi merebut hadiah yang ditawarkan penganjur. Johan membawa pulang wang tunai RM300 berserta piala, manakala naib johan menerima RM200 dan medal. Tempat ketiga pula menerima RM100 dan medal, sementara peserta di kedudukan keempat hingga ke-10 menerima RM20 berserta medal. Kedudukan ke-11 hingga ke-20 turut menerima medal penghargaan.

Pertandingan memanah yang turut disokong oleh syarikat Ajo Best ini dikendalikan oleh Kelab Memanah TJ Indah, di bawah seliaan Cikgu Arma Zurin yang juga pengasas Kelab Memanah Taman Temerloh Jaya Indah serta Ketua Biro Sukan Kawasan Rukun Tetangga Taman Temerloh Jaya Indah. 

Kredit Gambar: En. Fadli