Ticker

6/recent/ticker-posts

Laporan SRS KRT Taman Temerloh Jaya Indah 23 Mei 2026, Sabtu


Laporan kawalan dan rondaan mendapati keadaan keselamatan di kawasan KRT Taman Temerloh Jaya Indah berada dalam keadaan terkawal, aman dan selamat. Seramai dua belas orang anggota penduduk Taman Temerloh Jaya Indah telah hadir dengan penuh komitmen serta semangat kerjasama yang tinggi bagi menjayakan aktiviti Skim Rondaan Sukarela (SRS) ini. 

Sepanjang tempoh rondaan dijalankan, tiada sebarang aktiviti mencurigakan mahupun kejadian tidak diingini dikesan di kawasan rondaan. Turut hadir ialah Penolong Pegawai Perpaduan, En. Rosman Mohd Isa bagi meninjau pelaksanaan aktiviti rondaan serta memberi sokongan kepada anggota SRS yang bertugas. 

Dalam sesi tersebut, Pengerusi KRT TJ Indah, En. Mazlan Hanfiah turut mengadakan taklimat ringkas kepada anggota SRS bagi mengenal pasti isu-isu berkaitan pelaksanaan SRS serta langkah penambahbaikan yang boleh dilaksanakan pada masa akan datang. 

Selain itu, sesi ramah mesra dan pertukaran pandangan turut diadakan bersama Penolong Pegawai Perpaduan dalam usaha memperkukuh kerjasama serta mempererat hubungan antara pihak KRT dan Jabatan Perpaduan.