Ticker

6/recent/ticker-posts

Program Meet & Greet Bersama Ketua Pengarah JPNIN

LAPORAN PROGRAM MEET & GREET

KRT DAERAH TEMERLOH

Tarikh: 6 Januari 2026 (Selasa)
Lokasi: Grand Astana Acara & Dewan Perkahwinan, Temerloh
Masa: 3.00 petang

Program Meet & Greet KRT Daerah Temerloh telah berjaya dilaksanakan dengan kehadiran seramai 140 orang peserta.

Tetamu Khas:
YBhg. Tuan Zulkifli bin Hashim
Ketua Pengarah
Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN)

Turut hadir Pengarah JPNIN Negeri Pahang, Puan Amira binti Abdullah.

Majlis turut disertai oleh Pengerusi dan wakil komuniti KRT, Guru Tadika Perpaduan, kakitangan Pejabat Perpaduan Daerah Temerloh serta para jemputan.

Ketibaan YBhg. Tuan Zulkifli bin Hashim disambut oleh Pengarah JPNIN Negeri Pahang, Pegawai JPNIN Daerah Temerloh Puan Juluana binti Jaafar, Pengerusi Majlis Tuan Haji Immerus bin Mahmud serta Ahli Jawatankuasa Majlis.

Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Pahang, diikuti bacaan ikrar yang dipimpin oleh Saudara Muhamad Zaidi Amri bin Azhar dari Pejabat Perpaduan Daerah Temerloh.

Sebagai acara selingan, satu persembahan tarian dipersembahkan oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Sungai Gau, Temerloh.

Selesai ucapan aluan oleh Pengerusi Majlis Tuan Haji Immerus bin Mahmud, YBhg. Ketua Pengarah JPNIN menyampaikan ucapan dengan mengimbau kembali pengalaman beliau ketika bertugas di Temerloh pada tahun 1993. Beliau menzahirkan rasa nostalgia apabila mengenangkan jumlah Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang tidak sebanyak pada masa kini.

Seterusnya, Pengerusi Majlis Tuan Haji Immerus bin Mahmud menyampaikan cenderahati kepada Ketua Pengarah JPNIN serta Pengarah JPNIN Negeri Pahang sebagai tanda penghargaan atas kesudian hadir ke majlis tersebut.

Jamuan petang dengan pelbagai menu disediakan untuk tetamu kehormat, manakala para hadirin menikmati hidangan secara buffet.

Majlis diteruskan dengan sesi bergambar serta sesi beramah mesra bersama para Pengerusi KRT dan hadirin yang hadir. Majlis berakhir pada jam 5.00 petang.

Ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan program ini.


Wakil KRT Taman Temerloh Jaya Indah:

  1. Sdr. Mazlan bin Hanfiah – Pengerusi KRT

  2. Sdr. Norsafari bin Awang Ahmad – Timbalan Pengerusi KRT