Ticker

6/recent/ticker-posts

Kebun Komuniti KRT Taman Temerloh Jaya Indah

13 Januari 2025 — Beberapa penduduk Komuniti Taman Temerloh Jaya Indah telah menyertai Program Kebun Komuniti yang mula diusahakan sejak setahun lalu. Pelbagai tanaman kontan seperti sayur-sayuran, tebu, kelapa, pisang dan lain-lain berjaya diusahakan di tanah milik KRT TJ Indah, sekali gus membuahkan hasil untuk kegunaan para peserta dan penduduk setempat.

Tapak kebun tersebut merupakan tanah lapang milik MPT dan telah mendapat kebenaran untuk diusahakan. Semoga usaha ini terus memupuk semangat kerjasama serta mempererat hubungan dalam kalangan masyarakat setempat.