Satu aktiviti gotong-royong telah dilaksanakan oleh penduduk Taman Temerloh Jaya Indah atas anjuran KRT Taman Temerloh Jaya Indah . Program ini bertujuan untuk membina pondok berbumbung di Lapangan Sasar Memanahbagi kegunaan dan keselesaan penduduk setempat
Hadir sama Pengerusi KRT Tmn. Temerloh Jaya Indah En. Mazlan Hanfiah, Timbalan Pengerusi En. Norsafari Awang Ahmad, Setiausaha En. Hamizi Zain, Ahli Jawatankuasa dan komuniti setempat.
Kos pembinaan pondok ini telah disumbangkan oleh pihak pemaju, kepimpinan masyarakat serta individu-individu setempat yang prihatin terhadap kemudahan komuniti. Kerjasama dan sokongan yang diberikan telah membolehkan kerja-kerja pembinaan dilaksanakan dengan lancar.
Diharapkan agar kemudahan yang disediakan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk setempat, khususnya untuk aktiviti riadah dan sukan memanah , di samping menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menyumbangkan tenaga, masa dan kewangan serta penduduk yang bersama-sama menjayakan aktiviti gotong-royong ini.