6 Jun 2025 — Surau Al-Mukhlisin hari ini telah menganjurkan program berbuka puasa khas sempena 9 Zulhijjah, iaitu Hari Arafah, yang merupakan salah satu hari yang amat mulia dalam kalendar Islam.
Program ini dianjurkan sebagai tanda penghargaan kepada para ahli kariah yang mengambil kesempatan untuk berpuasa sunat pada hari yang agung ini. Selain merapatkan ukhuwah sesama jemaah, program ini turut bertujuan untuk menghidupkan sunnah Rasulullah SAW. Sebagaimana sabda baginda; “Puasa pada hari Arafah menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” — HR. Muslim, no. 1162.
Kredit gambar: En. Fadli (TM) & En. Ibrahim (Sarjan).