Ticker

6/recent/ticker-posts

Remaja Komuniti Taman Temerloh Jaya Indah Terlibat Kemalangan Maut



11 Jun 2025 — Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun dari Taman Temerloh Jaya Indah (Jalan TJI 2/2), Nur Irdina Shaffiya Muhammad Nazri, maut dalam kemalangan jalan raya di persimpangan lampu isyarat Jalan Tengku Ismail malam tadi. Mangsa, yang menunggang motosikal, dilanggar oleh sebuah kereta yang diduga dipandu seorang lelaki.


Kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 11 malam ketika Nur Irdina dan rakannya, Aneez Irdiena Sofya Khairul (Felda Bukit Damar) dalam perjalanan dari TJ Indah ke bandar Temerloh. Motosikal yang dinaiki mereka berhenti di lampu isyarat merah (Hotel Jelai) sebelum dilanggar oleh kereta terbabit. 


Nur Irdina dan rakannya yang masing-masing berusia 18 tahun, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Jenazah kedua-duanya dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh, untuk prosedur bedah siasat sebelum dikebumikan.


Jenazah Nur Irdina di kebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Tualang, sementera jenazah Aneez Irdiena di bawa ke Bukit Damar, untuk disemadikan di sana.


Sementara itu, Pengerusi KRT Taman Temerloh Jaya Indah, En. Mazlan Hanfiah, menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, dan berharap mereka tabah menghadapi ujian yang berat ini. En. Mazlan turut mengunjungi keluarga mangsa di HOSHAS pada malam kejadian bagi memberikan sokongan moral.