29 Mei 2025 — Seorang anak komuniti Taman Temerloh Jaya Indah, adik Wan Ahmad Abdullah bin Wan Jamaluddin, 14 tahun, telah meraih tempat ketiga dalam Pertandingan Nasyid Kategori Berkumpulan sempena Festival Nasyid dan Khat Sekolah-Sekolah (FNKSS), Katogeri Sekolah Menengah anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia bagi peringkat Daerah Temerloh pada 29 April lalu. Mewakili Sekolah Menengah Taman Temerloh Jaya.
Pertandingan tersebut diadakan secara dalam talian melalui penyertaan video atas faktor jumlah penyertaan yang tinggi. Kumpulan As Sautul Falah yang disertai oleh adik Wan Ahmad mempersembahkan dua buah lagu bertemakan nilai akhlak dan dakwah, iaitu “Kesempurnaan Akhlak Membina Ummah” dan “Penyuluh Ummah”. Kedua-dua lagu merupakan ciptaan sendiri, hasil kerjasama ahli kumpulan dan bimbingan guru.
Mereka dibimbing oleh Ustazah Norashidah, Ustazah Nasuha, dan En. Hatta, yang membantu dari segi latihan vokal dan penyusunan persembahan.
Pengerusi KRT Taman Temerloh Jaya Indah, En. Mazlan Hanfiah mengucapkan tahniah kepada adik Wan Ahmad dan rakan-rakan atas usaha mereka dalam pertandingan tersebut. Untuk makluman, Wan Ahmad merupakan anak kepada Puan Zarina Mohd Salleh, AJK Jiran Wanita KRT Taman Temerloh Jaya Indah.