Ticker

6/recent/ticker-posts

Kuliah Dhuha Muslimat, Anjuran KRT TJ Indah di Surau Al-Mukhlisin Siri 2/2025


27 Mei 2025 — Pada pagi ini telah berlangsung kuliah Duha Muslimat bertempat di  Surau Al-Mukhlisin, Taman Temerloh Jaya Indah, dengan penyertaan seramai 24 orang.

Kuliah anjuran Biro Agama KRT Taman Temerloh Jaya Indah dengan kerjasama Jiran Wanita Temerloh Jaya Indah telah mengundang Dr. Haji Abdullah Ismail, Pengerusi Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, sebagai penceramah jemputan.

Membawakan tajuk “Siapa Kita Selepas Ramadan”, Dr. Abdullah mengingatkan bahawa amalan mulia sepanjang Ramadan tidak seharusnya ditinggalkan, bahkan perlu dijadikan kebiasaan yang berterusan pada bulan-bulan seterusnya.

Sementara itu, Pengerusi KRT TJ Indah, En. Mazlan Hanfiah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua AJK terlibat terutama AJK Jiran Wanita, TJ Indah atas kerjasama yang diberikan.

Kuliah yang bermula jam  9.30 pagi dan berakhir pada 10.40 pagi.