Ticker

6/recent/ticker-posts

Kuliah Dhuha Muslimat Anjuran KRT TJ Indah

8 Februari 2025 — Kuliah Dhuha Muslimat anjuran Biro Agama, Pendidikan & Modal Insan KRT Taman Temerloh Jaya Indah telah diadakan pada pagi ini di ruang solat utama Surau Al-Mukhlisin, dengan menampilkan Dr. Haji Abdullah Ismail sebagai penceramah jemputan.

Dr. Abdullah, yang juga Pengerusi Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ), menyampaikan kuliah secara umum mengenai kehidupan manusia yang begitu singkat dan betapa beruntungnya umat hari ini kerana dilahirkan menjadi umat Nabi Muhammad, satu-satunya Nabi yang akan memberikan syafaat untuk memulakan penghisaban di akhirat nanti. Beliau turut menyentuh mengenai kedudukan dunia sebagai stesen yang penting dalam kehidupan manusia sebelum menuju ke hari akhirat.