22 Januari 2025 — Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Temerloh Jaya Indah telah menganjurkan aktiviti ziarah komuniti masyarakat Cina di kawasan tersebut. Program ini diketuai oleh Pengerusi KRT Taman Temerloh Jaya Indah (KRT TTJI), En. Mazlan Hanfiah, bersama Ketua Jiran Wanita TJ Indah, Puan Norhazamimah Mohamad. Turut hadir hadir ialah En. Norsafari Awang, Timbalan Pengerusi dan Puan Alisha Abdullah, Bendahari Jiran Wanita, serta beberapa ahli jawatankuasa (AJK) yang berkesempatan hadir.
Tujuan utama program ini adalah untuk menyantuni masyarakat Cina dan memperkenalkan mereka kepada aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh KRT. Pihak KRT juga menggalakkan penglibatan aktif masyarakat Cina dalam komuniti setempat.
Sebagai tanda penghargaan dan simbolik sempena Tahun Baru Cina, pihak KRT turut mengagihkan limau mandarin sebagai buah tangan kepada komuniti Cina yang diziarahi.
