Ticker

6/recent/ticker-posts

Majlis Tahlil Khas Arwah Zulkarnaen Mazlan di Surau Al-Mukhlisin

14 Disember 2024 – Majlis tahlil khas untuk arwah Mohd Zulkarnaen bin Mazlan (anakanda Pengerusi KRT TJ Indah) telah diadakan di Surau Al-Mukhlisin selepas solat Maghrib pada malam ini.

Bacaan yasin dan doa tahlil dipimpin oleh Ustaz Sarizal Jamaludin. Usai tahlil, para jemaah dijamu dengan juadah yang disediakan oleh keluarga arwah.

En. Mazlan dan keluarga mengucapkan terima kasih atas kehadiran para hadirin dan memohon doa agar roh arwah dicucuri rahmat.