22 Disember 2024 — Pagi ini bertempat di kawasan lapang pondok SRS KRT Taman Temerloh Jaya Indah, telah berlangsung pertandingan Memanah Tradisional Kanak-Kanak Taman Temerloh Jaya Indah.
Program yang bermula jam 8.00 pagi ini turut melibatkan beberapa orang pemanah cilik dari komuniti memanah Masjid Temerloh Jaya dan Masjid An-Najah untuk sama-sama menyertai pertandingan tersebut.
Selain itu, pengajur pertandingan ini iaitu Biro Sukan KRT Taman Temerloh Jaya Indah, melalui Pengerusi En. Mazlan Hanfiah turut menjemput tetamu istimewa, Dr. Haji Abdullah Ismail, yang juga Pengerusi Masjid Tengku Mahkota Tengku Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya ke program ini sebagai perasmi, sekaligus menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Turut hadir memberi sokongan ialah Pengerusi Surau Al-Mukhlisin, TJ Indah, En. Zulkifli Ismail.
Pengerusi KRT Taman Temerloh Jaya Indah, En. Mazlan Hanfiah, dalam aluannya merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini, terutamanya kepada peserta, ibu bapa, dan komuniti setempat. Beliau menyatakan bahawa program seperti ini merupakan inisiatif yang sangat baik untuk mendekatkan anak-anak dengan aktiviti yang bermanfaat.
Seterusnya, Dr. Haji Abdullah Ismail, dalam ucapannya, menyatakan rasa gembira atas penganjuran program ini. Beliau memberikan sokongan penuh terhadap usaha penganjur dan memuji penglibatan anak-anak yang bukan sahaja aktif dalam sukan, tetapi juga konsisten dalam mendirikan solat. Menurut beliau, hampir semua peserta pertandingan memanah ini adalah anak-anak yang merupakan jemaah tegar di masjid dan juga di Surau Al-Mukhlisin. Dr. Abdullah turut menegaskan bahawa pihak masjid (MTTJ) sentiasa terbuka untuk menyokong inisiatif-inisiatif bermanfaat seperti ini. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada anak-anak yang mengambil bahagian dan mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa atas sokongan mereka terhadap usaha KRT Taman Temerloh Jaya Indah dalam menjayakan pertandingan ini.
Sementara itu, pertandingan pada pagi ini terbahagi kepada dua katogeri iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Bagi tahap 1 melibatkan pelajar-pelajar tahun 1 hingga 3, dan bagi pelajar tahun 4 hingga 6 dimasukkan ke dalam katogeri Tahap 2. Katogeri Tahap 1 akan mengharungi sebanyak 10 pusingan, manakala katogeri Tahap 2 adalah sebanyak 20 pusingan.
Pertandingan Memanah Tradisional Kanak-Kanak Taman Temerloh Jaya Indah berakhir sekitar jam 11.00 pagi. Urusetia pertandingan, Cikgu Arma Zurin yang juga ketua Biro Suka KRT TJ Indah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan memanah pada pagi ini.
Juri Jemputan
1. Abdul Rahman bin Mohd Tahir
2. Zainuddin bin Awang
Keputusan Pertandingan