Ticker

6/recent/ticker-posts

Mesyuarat Penyelarasaan Program Jom Ronda Bersepadu SRS & Kempen 1 Keluarga 1 Anggota SRS

5 Disember 2024 – Mesyuarat Penyelarasaan Program Jom Ronda Bersepadu SRS dan Kempen 1 Keluarga 1 Anggota SRS telah diadakan pada hari ini di Dewan Persatuan Hindu Sri Layang, Taman Sri Layang, Mentakab, Pahang, bermula pada jam 2.00 petang. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Puan Julina Jaafar, Pegawai Perpaduan Daerah Temerloh. Hadir sama ialah Raja Awang Bin Raja Ahmad dan En. Norazaludin Azlan Bin Razaly dan kakitangan dari Pejabat Perpaduan Daerah.

Kawasan Rukun Tetangga Taman Temerloh Jaya Indah (KRT TJI) diwakili oleh En. Mazlan Hanfiah selaku Pengerusi KRT TJI.

Mesyuarat ini bertujuan untuk merangka dan menyelaraskan pelaksanaan program Jom Ronda Bersepadu SRS serta kempen kesedaran yang menggalakkan setiap keluarga melibatkan sekurang-kurangnya seorang ahli sebagai anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS). Program ini adalah sebahagian daripada usaha meningkatkan keselamatan komuniti setempat melalui kerjasama penduduk.