Ticker

6/recent/ticker-posts

Ziarah En.Shahrul Oleh Pengerusi KRT TJ Indah

26 November 2024 — Pada pagi ini, Encik Mazlan, selaku Pengerusi KRT Taman Temerloh Jaya Indah, telah meluangkan masa menziarahi En. Shahrul Hisham Romali yang kini sedang menjalani rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh. Lawatan ini adalah salah satu inisiatif KRT untuk menyantuni ahli komuniti yang memerlukan sokongan moral. 

Pihak KRT Taman Temerloh Jaya Indah turut menitipkan doa dan harapan agar En. Shahrul segera sembuh dan diberi kekuatan dalam menghadapi ujian ini. Semoga segala urusannya dipermudahkan dan beliau kembali sihat seperti sediakala.