1 November 2024 — Kuliah Ustaz Zainuddin di Surau Al-Mukhlisin pada malam ini diadakan seperti biasa. Beliau memulakan kuliah dengan mengingatkan bahawa setiap nikmat yang Allah berikan bukanlah semata-mata untuk dinikmati tanpa batas, tetapi merupakan amanah yang akan dipersoalkan di akhirat kelak. Setiap individu akan bertanggungjawab terhadap bagaimana nikmat itu dimanfaatkan, sama ada ia digunakan ke arah kebaikan atau sebaliknya. Ustaz Zainuddin juga mengingatkan bahawa antara tujuan utama hidup ini ialah untuk mencari redha Allah SWT.
Kuliah seterusnya disambung dengan pengajian kitab feqah.
