Ticker

6/recent/ticker-posts

KRT TJ Indah Sertai Kursus Refresher KOSPEN 2024 Daerah Temerloh


24 Oktober 2024 — Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga, Taman Temerloh Jaya Indah, En. Mazlan bin Hanfiah, bersama Timbalan Pengerusi, En. Norsafari bin Awang Ahmad, dan Bendahari, En. Hamidi bin Zin, telah menghadiri Kursus Refresher KOSPEN 2024 Daerah Temerloh yang dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah pada pagi ini.

Kursus sehari ini diadakan di Pusat Latihan Kesihatan Mentakab ini melibatkan beberapa buah lokaliti Kospen KRT di sekitar daerah Temerloh, antaranya ialah KRT Seberang Temerloh, KRT Perumahan Taman Seberang Temerloh, KRT Perumahan Taman Bahagia, KRT Desa Baru Purun, KRT Taman Sri Kemuning Indah, KRT Saga Mentakab, KRT Taman Paya Taram, KRT Tanjung Kubur dan KRT Taman Temerloh Jaya Indah sendiri.

Seramai 44 orang peserta yang mewakili Kospen KRT masing-masing terlibat dalam kursus ini dengan penyertaan tiga orang  wakil setiap dari KRT. Kursus ini juga turut melibatkan penglibatan seramai 8 orang kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh, yang terdiri dari 4 orang Pegawai Perubatan, 3 orang Penolong Pegawai Perubatan, dan seorang Jururawat Kesihatan, masing-masing dari Klinik Kesihatan Temerloh, Klinik Kesihatan Tanjung Lalang, Klinik Kesihatan Kerdau dan Klinik Kesihatan Kuala Krau.

Kurus ini mengandungi 6 slot ceramah dari Pegawai Perubatan dan satu latihan saringan kesihatan yang dikendalikan oleh pihak urusetia. Program yang bermula dari jam 8.30 pagi ini berakhir pada sekitar jam 3.30 petang.

Antara Modul Kursus :

1. Pengenalan  7 Skop KOSPEN

     Penceramah :

     Dr. Siti Norkhazirah bt. Abdul 

     Khatib.

2. Permakanan Sihat & Pengurusan

     Berat Badan.

     Penceramah : 

     Pn.Junainah bt. Masjuni

3.  Aktiviti Fizikal

      Penceramah :

      Pn. Nirul Ain bt. Kadir

4. Tak Nak Merokok & Skop 

     Kemudaratan  Alkohol

     Penceramah :

     Dr. Abdul Rahman b. Zulkifli

5. Skop Minda Sihat & PFA

     Penceramah:

     Pn.Sulisa bt. Muhammad 

     Othman

6. Reten KOSPEN & Modul MyVas

    KOSPEN

    Penceramah :

    En.Mohamad Hafez b. Sulaiman