Ticker

6/recent/ticker-posts

Pengerusi KRT TJ Indah Meraikan Peserta Kayuhan Kembara Memburu Hikmah di Kuala Lumpur

10 Oktober 2024 — Pengerusi KRT Taman Temerloh Jaya Indah (KRT TJ Indah) En. Mazlan Hanfiah pada petang ini telah sama-sama meraikan En. Ahmad Zulkifle Ahmad di perkarangan Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur.

En. Ahmad Zulkifli kini dalam misi beliau bersama rakan-rakannya untuk melakukan perjalanan ke Tanah Suci Mekah dengan berbasikal. Beliau yang merupakan ahli khariah Taman Temerloh Jaya memulakan kayuhan pada 9 Oktober dan dijangka mengambil masa selama enam bulan sebelum tiba di Mekah.

Majlis ini merupakan keraian kedua untuk En. Ahmad Zulkifle selepas ia dibuat di peringkat Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, pada 9 Okbober (Semalam).

Majlis pelepasan untuk program Kayuhan Kembarah Hikmah 4.0 (Road To Mecca) disempurnakan oleh YB Dato' Sri Haji Syed Ibrahim Syed Ahmad, EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, yang juga merupakan ADUN Kerdau.

Turut sama hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Pemuda UMNO Pahang, Mohd Kamil Ibrahim; Pengerusi Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ), Dr. Haji Abdullah Ismail; Setiausaha MTTJ, En. Zulkanain Haji Hashim serta Kadi Daerah Bentong Tuan Haji Ahmad Zahiruddin Alias, yang mewakili Majlis Agama Islam Pahang. 

Bagi mengiringi perjalanan En. Ahmad Zulkifle dan rakan-rakan, Ustaz Heryanto Rizal telah memimpin bacaan doa, memohon keselamatan dan keberkatan sepanjang perjalanan mereka pergi dan kembali ke tanah air.


Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image

Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image