Ticker

6/recent/ticker-posts

Ziarah Cakna ke Rumah Ahli Komuniti TJ Indah Yang Ditimpa Ujian

12 September 2024 — Pada petang ini jam 5.37pm, satu ziarah oleh pihak KRT TJ Indah telah dilakukan ke rumah Saudara Shahrul Irwan (2/1) yang mana isterinya, Pn.Ruspanita sedang menghadapi diuji dengan sakit radang salur darah dan ketumbuhan di buah pinggang. Rombongan ini diketuai oleh Pengerusi Jiran Wanita TJ Indah, Pn. Norhazamimah Mohamad, bersama beberapa ahli jawatankuasa Jiran Wanita yang lain.

Seterusnya, rombongan turut menziarahi Syed Abdul Rahman bin Muhamad atau Pak Syed yang sedang diuji dengan penyakit strok sejak beberapa bulan yang lalu. Kunjungan ini bertujuan untuk memberikan sokongan moral serta melihat keperluan yang mungkin boleh dibantu oleh pihak KRT.

Pihak KRT turut menyatakan kesediaan untuk menawarkan bantuan bagi apa jua keperluan yang dihadapi oleh keluarga En.Shahrul Irwan dan Pak Syed. 

Pihak KRT turut memberikan buah tangan kepada Pn.Ruspanita dan Pak Syed sebagai tanda sokongan dan ingatan. Program Ziarah Cakna berakhir pada pukul 6.20pm.